Karim Benzema Jadi Buruan Manchester United
Transfer
@KarimBenzema
Advertisements

Karim Benzema kini menjadi buruan Manchester United yang sedang mencari penyerang untuk tempoh jangka masa pendek.

Bekas penyerang kebangsaan Perancis itu mula dikaitkan ke Old Trafford setelah United dilaporkan ingin mendapatkan khidmat penyerang pinjaman bagi menambah sengat serangan pasukan.

Ketika ini United bergantung kepada Rasmus Hojlund, Anthony Martial dan Marcus Rashford sebagai penyerang utama namun kesemua pemain ini bergelut di atas padang.

Advertisements

Buktinya, United hanya berjaya menjaringkan 24 gol liga dalam 21 perlawanan dan lebih mengejutkan, Brentford yang berada ditangga ke-16 liga ketika ini menjaringkan lebih banyak gol berbanding United iaitu sebanyak 26 gol.

Nama Karim Benzema semakin hangat diperkatakan apabila pemain itu bersedia beraksi semula di Eropah dan bekas pemain United, Louis Saha turut yakin Benzema mampu menyelesaikan masalah kebuntuan gol United.

United bersedia mendapatkan khidmat Benzema selama 6 bulan memandangkan penyerang ini sudah berusia 36 tahun.

Advertisements

Penyerang itu menyertai Al-Ittihad secara percuma daripada Real Madrid setelah berkhidmat untuk Los Blancos selama 14 tahun yang menyaksikan beliau memenangi 5 trofi Liga Juara-Juara Eropah dan 4 kejuaraan La Liga.

Karim Benzema beraksi cemerlang untuk Al-Ittihad apabila merekodkan 9 gol dan 5 bantuan jaringan dalam Liga Arab Saudi.

Namun kini Benzema dilanda masalah apabila gagal melapor diri untuk perjumpaan semula kelab dan kini jurulatih mengecualikan beliau daripada kem latihan mini yang diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram