Kata-Kata Yazan Al-Arab Menjadi Realiti
Asia
Yazan Al-Arab
Advertisements

Sasaran utama pemain pertahanan Jordan, Yazan Al-Arab untuk membawa pasukan kebangsaannya ke pentas separuh akhir Piala Asia 2023 akhirnya menjadi realiti.

Jordan mara ke pentas separuh akhir selepas menumbangkan Tajikistan dengan kemenangan tipis 1-0 di peringkat suku akhir.

Sebelum perlawanan menentang Tajikistan, Yazan telah mendedahkan cita-cita sebenar Jordan dalam Piala Asia edisi kali ini.

Advertisements

“Cita-cita kita ialah untuk sampai ke peringkat separuh akhir Insya Allah.” jelas Yazan seperti dipetik dalam sidang media pra perlawanan.

Yazan menjadi punca kemenangan Jordan dalam pusingan 16 terakhir menentang Iraq selepas jaringannya membantu Jordan mencipta kemenangan.

Untuk aksi separuh akhir, Jordan bakal bertemu semula dengan Korea Selatan yang pernah dihadapi mereka ketika perlawanan peringkat kumpulan.

Advertisements

Pada aksi peringkat kumpulan, pertemuan kedua-dua pasukan ini berakhir dengan kedudukan seri 2-2. Korea Selatan hampir ditewaskan dalam perlawanan tersebut sebelum Yazan menjaringkan gol sendiri dan menyelamatkan Korea Selatan daripada kekalahan yang memalukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram