Katsuhito Kinoshi Tagih Sentuhan Berbisa Serangan Selangor
MakanBola
Selangor FC

Pengendali Selangor FC, Katsuhito Kinoshi mahu jentera serangan pasukan itu lebih tajam menjelang aksi kedua pusingan 16 terbaik Piala Malaysia menentang Sri Pahang FC.

Hasrat itu dizahirkan jurulatih berusia 60 tahun itu selepas melihat The Red Giants bergelut menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan semua kejohanan. Semakan mendapati Selangor hanya menjaringkan lapan gol sepanjang tempoh tersebut.

Ad

Selain itu, barisan pertahanan The Red Giants dibolosi sembilan kali dalam sembilan perlawanan. Ini termasuk kekalahan 2-1 di tangan Muangthong United dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) baru-baru ini.

Ad

Situasi ini mendorong barisan kejurulatihan Selangor berusaha memperbaiki kelemahan pasukan menjelang aksi menentang Tok Gajah. Kinoshi percaya barisan anak buahnya akan tampil lebih baik demi para penyokong.

‘’Bagi saya perkara paling penting untuk perlawanan malam ini adalah menjaringkan lebih banyak gol, dan saya bertanggungjawab untuk merealisasikannya.

Ad

“Kami (barisan jurulatih) telah berusaha keras menjalankan latihan pemulihan daripada perlawanan ACL2 yang lalu dengan baik dan memastikan para pemain bersedia dari segi mental.

Ad

“Daripada sesi latihan yang dijalankan, saya yakin pasukan akan beraksi dan melaksanakan rancangan yang telah dirancang dengan lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Ad

The Red Giants bakal berentap dengan Tok Gajah dalam aksi kedua di Stadium MBPJ pada 1 Disember. Kedua-dua pasukan memburu tiket suku akhir selepas terikat 1-1 dalam aksi pertama di Temerloh.