Kawasaki Frontale Layak Ke ACL Penuh Dramatik, Menang Saat Akhir Emperor’s Cup
Asia
Kawasaki Frontale
Advertisements

Wakil Jepun dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL), Kawasaki Frontale terpaksa bekerja keras sebelum berjaya menggondol gelaran juara Emperor’s Cup hari ini.

Kedua-dua pasukan tahu kejayaan menjulang Emperor’s Cup menjanjikan tiket kelayakan ke Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim hadapan.

Bagi Frontale yang sudah layak ke pusingan 16 pasukan terbaik ACL musim ini, mereka pastinya mahu kembali mewarnai saingan itu pada musim hadapan.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan pada awalnya, Reysol menguasai perlawanan. Biarpun kedua-dua pasukan cuba mencari gol pembukaan, keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan terus buntu mencipta peluang jaringan. Ini mendorong Frontale dan Reysol membuat beberapa pertukaran bagi mendapatkan gol.

Advertisements

Malangnya, ketumpulan jentera serangan kedua-dua pasukan memastikan perlawanan diheret ke masa tambahan.

Bekas penyerang Swansea, Bafetimbi Gomis hampir meraih gol kemenangan buat Frontale menerusi tandukan pada minit ke-116.

Advertisements

Bagaimanapun, percubaan beliau berjaya dinafikan penjaga gol Reysol, Kenta Matsumoto. Ini sekaligus memaksa perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.

Penentuan penalti menyaksikan penjaga gol Frontale, Jung Sung-ryong muncul wira dengan memastikan pasukan itu mengatasi Reysol 8-7.

Advertisements

Kejayaan ini memastikan Frontale mengiringi juara J1 League musim ini, Vissel Kobe dan naib juara liga, Yokohama F. Marinos ke ACLE pada musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram