Kawasaki Frontale Ubah Strategi Saat Akhir Lawan JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pasukan J1 League, Kawasaki Frontale dilihat terdesak untuk mengubah percaturan tatkala bakal memulakan saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) tidak lama lagi berdepan JDT.

Jaguh Asia itu diundi dalam Kumpulan l bersama Ulsan Hyundai, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kelab Thailand, BG Pathum United.

Ad

Sungguhpun pasukan bimbingan Toru Oniki mendapat motivasi tambahan selepas membenam cabaran FC Tokyo sebelum berlepas ke Johor.

Ad

Mereka bagaimanapun hanya mampu menjaringkan satu gol menerusi Marchinho pada minit ke-54.

Perlawanan ini juga menyaksikan penampilan pertama Kawasaki Frontale, Bafetimbi Gomis yang turun dalam kesebelasan utama pasukan.

Ad

Namun begitu, menurut laporan media Jepun, The Japan Times, debut itu berlangsung kurang cemerlang selepas pemain berusia 38 tahun itu hanya bertahan satu jam di atas padang.

Ad

“Pemain berusia 38 tahun itu, cuba untuk meletakkan dirinya sebagai penyerang tunggal di hadapan, tetapi memperoleh sedikit sentuhan pada malam itu dan bergelut untuk meningkatkan kelajuan pada bahagian serangan.”

Ad

Ketua jurulatih Toru Oniki juga mengakui bahawa bekas bintang Al-Hilal itu memerlukan masa untuk menyesuaikan diri bersama pasukan.

“Gomis tidak berada pada tahap 100%, tetapi dia sangat profesional dalam meningkatkan keadaannya dalam latihan.”

“Apabila bola datang kepadanya dalam permainan latihan, anda merasakan potensi untuk sesuatu berlaku. Dia menyesuaikan diri dengan sistem baharu dan mengambil banyak perkara, dan saya tidak menyalahkannya jika dia bergelut pada masa-masa tertentu.”

JDT akan melayan kunjungan Kawasaki Frontale bagi aksi pembukaan Kumpulan l pada 19 September 2023.