Advertisement
Lautan Biru Iringi Perjuangan Kawasaki Frontale Berdepan JDT
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pasukan J1 League, Kawasaki Frontale menerima sokongan padu daripada para penyokong apabila bakal berdepan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Gergasi Asia itu bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim bagi aksi ulangan seperti musim lalu berdepan Harimau Selatan.

Pasukan bimbingan Tano Solari memiliki reputasi yang cukup baik apabila tidak tewas dalam 5 perlawanan terakhir sementara Kawasaki Frontale berjaya memungut 3 mata terakhir liga berdepan FC Tokyo.

Penyerang berbisa pasukan, Bafetimbi Gomis juga sudah pun melakukan debut sekaligus memberi kesediaan penuh buat pasukan ke Johor.

Menerusi satu klip yang dikongsikan di media sosial, kelihatan lautan biru penyokong Kawasaki Frontale mengiringi bas pasukan yang bakal meneruskan perjalanan ke Malaysia.

Para penyokong sempat melaungkan sokongan tatkala mahu melihat pasukan mereka mendominasi carta Kumpulan l.

Rekod menyaksikan pertembungan kedua-dua pasukan hebat Asia ini berkesudahan dengan satu kemenangan buat Kawasaki dan satu seri pada tahun lalu.

Aksi antara JDT dan Kawasaki Frontale akan berlangsung pada 19 September 2023 pada jam 8 malam di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.