Kawasaki Frontale Akui Sukar Beraksi Di Stadium Sultan Ibrahim
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pasukan gergasi J1 League, Kawasaki Frontale mengakui berdepan masalah untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim.

Aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini menyaksikan skuad Harimau Selatan sekali lagi diundi berdepan dua pasukan yang sama iaitu Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai.

Menerusi satu kenyataan oleh Pegawai Media Kawasaki Frontale di AFC House kepada Harimau Malaya iaitu Ishida Ryota, aksi berdepan JDT bukanlah satu perlawanan yang mudah.

Advertisements

Beliau juga melabel JDT sebagai sebuah pasukan yang sangat bagus dan sukar untuk ditewaskan.

“Johor ialah pasukan yang terbaik dan sukar unthk ditewaskan.”

Ryota juga teruja untuk kembali beraksi di Iskandar Puteri dan mahu kembali melihat aura penyokong yang membanjiri stadium.

Advertisements

“Stadium Johor (Stadium Sultan Ibrahim) sangat mengujakan dan sukar. Tahun ini adalah tahun membalas dendam kepada JDT, kita mahu memenangi peringkat kumpulan.”

“Penyokong Johor sangat ramai di stadium dan sukar namun keadaan padang juga baik seperti di Jepun,” jelasnya kepada Harimau Malaya.

Pada tahun lalu, JDT berjaya mengikat Kawasaki Frontale 0-0 sebelum tewas 0-5 pada satu lagi aksi.

Advertisements

Aksi ulangan ini menjadi detik penting buat pengendali pasukan, Tano Solari untuk mempertaruhkan percaturan terbaik bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram