Advertisement
Keadaan Terkini Padang SNBJ Legakan Hati Rakyat Malaysia
Harimau Malaya
MakanBola
Wan/MakanBola

Warga Malaysia boleh menghela nafas lega melihat keadaan terbaru padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Menerusi video yang dikongsikan wartawan sukan TV3, Syakirah Zulkifly di Instagram Story, padang rumput jenis Zeon Zoysia itu kelihatan hijau dan sudah bersedia untuk aksi Malaysia-Oman malam ini.

Keadaan terkini padang dijangka meredakan kerisauan jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy.

Ini selepas kedua-duanya sebelum ini bimbang keadaan padang SNBJ bakal merencatkan kerancakan permainan kedua-dua pasukan.

Keadaan padang yang hijau ini dilihat bukti Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac memenuhi janjinya bahawa padang SNBJ bakal berada pada tahap terbaik.

“Kita jumpa 26 haribulan untuk Malaysia lawan Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kita balas 0-2 itu, semua,” katanya baru-baru ini.

Malaysia bakal melayan kunjungan Oman untuk aksi keempat kelayakan Kumpulan D di SNBJ pada jam 10.00 malam ini.