Keadaan Terkini Padang SNBJ Sebelum Aksi Malaysia & Chinese Taipei
MakanBola
Haziq/MakanBola

Keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjelang sepak mula antara Malaysia dan Chinese Taipei mencuri perhatian.

Skuad bimbingan Kim Pan-gon dalam momentum terbaik untuk layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 sungguhpun perlu menjaringkan lebih bamyak jaringan.

Baru-baru ini, tular gambar terkini padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kurang 24 jam sebelum hari perlawanan berlangsung.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh MakanBola pada 11 Jun 2024 (Selasa), padang SNBJ berada pada tahap terbaik bagi aksi penting ini.

Sebahagian besar permukaan padang kelihatan baik dengan rumput tumbuh sekata sungguhpun masih terdapat lompong kecil pada bahagian sisi padang.

Tugasan cemerlang berjaya dilaksanakan oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dalam memastikan kualiti padang terjamin sebelum sepak mula berlangsung.

Cuaca bagaimanapun dijangka bakal menggugat suasana perlawanan apabila kawasan sekitar mengalami hujan lebat pada sebelah petang dan malam sejak beberapa hari lalu.

Sepak mula aksi Malaysia dan Chinese Taipei akan berlangsung pada jam 9 malam dengan Harimau Malaya memiliki misi penting untuk melayakkan diri.