Advertising
Kedah Alu-Alukan Sebarang Dana & Kerjasama
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sentiasa mengalu-alukan sebarang dana mahupun kerjasama bagi meneruskan penyertaan pasukan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Perkara tersebut disuarakan oleh pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dalam satu pengumuman di laman Facebook pasukan.

Ad

Dalam masa yang sama, Tan Sri Daud juga berjanji tidak akan lari daripada tanggungjawab untuk menyelesaikan kemelut kewangan yang melanda pasukan Kedah.

Ad

“Wahai anak-anak Kedah yang berhati murni dan berdarah hijau kuning, buatlah sesuatu untuk kelab dan pasukan anda. Mengharapkan sesuatu dan membuat sesuatu adalah dua perkara yang berbeza.

“Bagi pihak yang telah memberi komitmen untuk membantu Kedah FC, tunaikanlah tanggungjawab, janji dan komitmen anda.

Ad

“Bagi pihak saya, saya akan terus berusaha mencari jalan dalam mencari dana untuk menjelaskan apa yang tertunggak kepada semua mereka yang berjasa dan yang masih mampu bermain dalam serba kekurangan. Saya tidak akan lari dari tanggungjawab saya.

Ad

“Kalau anda ingin membantu, sila hubungi kami. Kami amat mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama, dana, serta sokongan yang mampu membantu KDA FC untuk terus berjuang demi maruah bola sepak negeri Kedah,” jelas Tan Sri Daud di laman Facebook KDA FC.

Ad

Jika sebelum ini, terdapat ura-ura mengenai penarikan diri pasukan Kedah daripada saingan Liga Malaysia musim ini, Tan Sri Daud menafikan khabar angin tersebut dan menegaskan Kedah akan terus berjuang biarpun serba kekurangan.