Kedah Bakal Uji Sebuah Pasukan Luar Negara
Liga Super
KDA FC
Advertisements

Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman FC bakal menguji sebuah pasukan luar negara bagi musim 2024/25.

Perkara ini dinyatakan oleh pemilik saham majoriti Kedah Darul Aman FC, Tan Sri Dr. Daud Bakar menerusi satu sidang media yang diadakan hari ini.

Katanya, persediaan rapi bakal dilakukan buat pasukan kendalian Nafuzi Zain apabila bakal bersaing dalam aksi 4 penjuru Agarbomb Performance Cup di Kuala Terengganu.

Advertisements

Antara lawan yang bakal menguji Sang Kenari termasuklah Terengganu ll, Terengganu FC dan juga Penang FC yang bakal bermula pada 17 April 2024.

Kedah juga telah mengatur beberapa aksi di laman sendiri yang bakal bermula pada 24 April 2024 bertemu Negeri Sembilan di Stadium Darul Aman, 27 April bertemu Perak bagi ujian Teknologi Bantuan Pengadil (VAR), 29 April 2024 menentang Penang FC juga bagi tujuan pengujian VAR.

Kedah juga mahu menguji kekuatan sebuah pasukan luar negara pada 4 Mei 2024 berdepan sebuah pasukan dari luar negara di laman sendiri sebagai persediaan musim 2024/25.

Advertisements

Kedah sebelum ini telah terpalit dengan kes yang melibatkan FIFA namun kelab dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa masalah tersebut sudah selesai.

Video: Sidang Media KDA FC

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram