Kedah Beri Sokongan Penuh Buat Mahmoud Al-Mardi
Asia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Kedah tampil memberikan sokongan penuh buat Mahmoud Al-Mardi yang membantu Jordan layak ke perlawanan akhir Piala Asia buat kali pertama.

Mahmoud Al-Mardi merupakan bekas pemain Kedah bagi musim 2022 dan sempat menyarung jersi Sang Kenari selama 6 bulan dimana beliau membantu Kedah layak ke peringkat separuh akhir Zon Asean, Piala AFC 2022.

Pemain sayap kebangsaan Jordan ini melakukan 12 penampilan liga buat Kedah dan menyumbang 5 gol serta 7 bantuan jaringan bagi musim 2022.

Advertisements

Mahmoud Al-Mardi kini merupakan antara pemain utama Jordan dalam saingan Piala Asia 2023 dibahagian serangan pasukan bersama-sama Mousa Al-Tamari dan Yazan Al-Naimat.

Kedah kemudian mengucapkan tahniah buat pemain berusia 30 tahun itu setelah berjaya membantu Jordan menewaskan Korea Selatan 2-0 untuk ke perlawanan akhir Piala Asia 2023.

Advertisements

Jordan menampilkan aksi luar biasa untuk layak ke peringkat akhir apabila menewaskan Malaysia 4-0 dalam perlawanan pembukaan dan turut menyingkirkan Iraq, Tajikistan dan Korea Selatan di peringkat kalah mati Piala Asia.

Mahmoud Al-Mardi kini telah melakukan 35 penampilan buat pasukan kebangsaan Jordan dimana beliau telah menjaringkan 6 gol setakat ini.

Advertisements

Jordan akan bertemu Iran atau Qatar untuk aksi akhir Piala Asia 2023 kelak yang bakal dilangsungkan di Stadium Lusail yang mampu menempatkan hampir 89,000 penyokong.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram