Kedah Berjaya Langsaikan Tunggakan Gaji
Liga Super
KDA FC
Advertisements

Penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) boleh menarik nafas lega kerana First Instance Body (FIB) mengesahkan isu tunggakan gaji pasukan itu sudah berakhir.

Sebelum ini, pengurusan Sang Kenari terlepas tarikh akhir penyelesaian tunggakan gaji yang ditetapkan FIB pada 31 Mac lalu.

Akibatnya, FIB kemudiannya menjatuhkan hukuman potongan tiga mata dan denda sebanyak RM50,000. Kedah turut diberi tempoh akhir sehingga 20 April ini untuk menyelesaikan baki tunggakan gaji mereka untuk musim 2023.

Advertisements

Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, FIB akan menilai semula pemberian Lesen Kebangsaan musim 2024/25 kepada pasukan dari utara tanah air itu.

Kini, FIB mengesahkan telah menerima semua dokumen pembayaran yang dihantar Kedah pada 18 April lalu.

Semua dokumen pembayaran membabitkan barisan pemain dan pegawai pasukan Liga Super, pasukan Bawah 23 Tahun (B-23), B-20 dan B-18.

Advertisements

Hanya dua pemain yang masih belum menerima bayaran daripada pasukan itu iaitu Lee Tuck dan Jonathan Balotelli.

Ini kerana perbicaraan kes tuntutan kedua-dua pemain ini masih berjalan di peringkat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Majlis Penyelesaian Resolusi Kebangsaan (NDRC).

Pengesahan ini sekaligus membolehkan Sang Kenari meneruskan persiapan saingan Liga Super musim 2024/25 yang bermula pada bulan hadapan tanpa sebarang masalah.

Advertisements

Pasukan itu baru saja selesai menyertai kejohanan pra-musim Agarbomb Performance Cup 2024 yang diadakan di Terengganu.

Selepas mengharungi tiga perlawanan menentang Terengganu FC, Terengganu II dan Penang FC, Sang Kenari merekodkan satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.

Anak buah Nafuzi Zain selepas ini akan menentang Negeri Sembilan FC untuk aksi pra-musim seterusnya di Stadium Darul Aman pada 24 April ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram