Kedah Dipotong 3 Mata & Denda RM50,000, Kedudukan Di Liga Super Belum Selamat
Liga Super
MFL
Advertisements

Pasukan Liga Super 2023, Kedah Darul Aman telah disahkan akan dipotong tiga mata dan menerima denda selepas gagal membuat pembayaran penuh tunggakan gaji tahun 2023.

Perkara ini telah dijelaskan dalam satu kenyataan oleh Badan bebas, First Instance Body (FIB) yang mengumumkan bahawa kelab Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dikenakan hukuman pemotongan tiga mata bagi pertandingan Liga Super musim 2024-2025 dan denda RM 50,000.

Hal ini berikutan kegagalan membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023.

Advertisements

KDA FC telah diberikan masa untuk menyelesaikan keseluruhan tunggakan gaji berkenaan pada 30 Mac 2024 namun selepas tarikh akhir itu, kelab berkenaan gagal mematuhi syarat yang ditetapkan oleh FIB.

“FIB mengambil maklum surat daripada KDA FC bertarikh 28 Mac 2024 berkaitan penyelesaian 50 peratus jumlah tunggakan gaji bagi tahun 2023 serta surat persetujuan penjadualan pembayaran baki tunggakan gaji yang ditandatangani 75 peratus pemain dan pegawai terlibat bertarikh 29 Mac 2024.”

“Namun begitu, perkara ini masih tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan iaitu penyelesaian penuh tunggakan bayaran gaji bagi tahun 2023.”

Advertisements

“Oleh yang demikian, pasukan KDA FC dikenakan pemotongan tiga mata bagi saingan Liga Super musim 2024-2025 serta denda sebanyak RM 50,000 berkuatkuasa serta merta semalam, Khamis 4 April 2024 berdasarkan kepada Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023 “Article 2.4 (c) Licensing Sanctions”.

Kedudukan Kedah dalam saingan Liga Super musim 2024/25 masih belum selamat selepas FIB mengesahkan Lesen Kebangsaan kelab itu berisiko ditarik balik.

“Sekiranya KDA FC gagal membuat pembayaran penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023 atau mengemukakan bukti dokumen kewangan untuk menyelesaikan pembayaran pada 20 April 2024 jam 5.00 petang, maka Lesen Kebangsaan KDA FC boleh ditarik balik seterusnya kelab itu tidak layak untuk beraksi dalam saingan Liga Super bagi musim 2024-2025,” ujar MFL dalam satu kenyataan rasmi.

Advertisements

Kedudukan sebuah lagi kelab Liga Super, KL City bagaimanapun terselamat setelah berjaya menyelesaikan pembayaran tunggakan gaji bagi tahun 2023 sebelum tarikh akhir 30 Mac 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram