Kedah Darul Aman (KDA) FC terus gigih menghasilkan bakat-bakat baru sebagai pelapis skuad senior dan seorang daripadanya ialah penyerang berdarah Malaysia-Ireland, Adam Shahril.
Mengikut maklumat mixed.malaysian, penyerang muda tersebut kini beraksi untuk pasukan KDA FC C dalam aksi Piala Presiden 2023.
Disebabkan bapanya ialah seorang warganegara Malaysia, ini membolehkan KDA FC mendaftarkan Adam sebagai pemain tempatan.
Mampu beraksi di bahagian sayap kiri, penyerang muda ini pernah beraksi untuk akademi kelab Ireland, Galway United ketika berusia 11 tahun dan kekal di sana selama lima tahun.
Selain itu, Adam juga pernah beraksi untuk kelab Moyne Villa selama semusim sebelum beraksi bersama Sang Kenari.
Selain Adam, terdapat seorang seorang lagi bakat muda berdarah Cameroon-Malaysia iaitu Saffy Zikry Ndongo. Saffy yang beraksi sebagai penyerang ketika ini menyarung jersi Projek FAM-MSN.
Kemunculan dua bakat ini merupakan satu berita baik kepada bola sepak negara kerana ini menunjukkan Malaysia tidak pernah ketandusan bakat-bakat muda baru.