Advertising
Kedah Hilang Pengurus Pasukan
Liga Super
MakanBola
KDA FC

Menejelang sepak mula Liga Super 2024/2025 yang dijadualkan bermula pada 10 Mei depan, pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menerima tamparan hebat apabila kehilangan individu-individu penting dalam pasukan.

Selepas kehilangan beberapa tonggak utama pasukan seperti Bojan Ciger, Amirbek Juraboev dan Moses Atede, kini Kedah difahamkan kehilangan sentuhan pengurus pasukan, Zulfadli Rozi atau lebih dikenali dengan gelaran Joe Rozi.

Ad

Menerusi satu hantaran di laman X oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Joe dikatakan meninggalkan pasukan Kedah untuk menyertai bekas pasukannya, Terengganu FC sebagai Pengarah Sukan kelab tersebut.

Ad

“Tidak lagi bersama Kedah Darul Aman sebagai pengurus, Zulfadli Rozi difahamkan kembali ke Terengganu FC sebagai Sports Director,” coret Zulhemi di laman X.

Segalanya seakan tidak berjalan dengan baik buat Kedah apabila kehilangan beberapa individu penting sebelum musim baharu liga bermula.

Ad

Kedah dijangka akan mengekalkan khidmat Nafuzi Zain sebagai pengendali pasukan selepas bekas jurulatih Terengganu itu masih mempunyai baki kontrak dengan skuad Sang Kenari.

Ad

Terdahulu, foto Joe Rozi yang hadir ke pusat latihan Terengganu menjadi tular di laman sosial dengan segelintir penyokong Terengganu berpendapat Joe akan kembali ke skuad Sang Penyu.

Ad