Nafuzi Zain Kekal Di Kedah
Liga Super
KDAFC
Advertisements

Desas-desus tentang masa depan Nafuzi Zain bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terjawab hari ini.

Pengurus pasukan Sang Kenari, Joe Rozi mengesahkan bekas pengendali Terengganu FC itu masih komited dengan pasukan dari utara tanah air itu.

Beliau juga turut menyatakan khabar angin Nafuzi bakal kembali ke pasukan dari Pantai Timur itu sebagai tidak benar.

Advertisements

“Khabar angin 100%. Tak pernah bertentang mata pun. Nafuzi masih ada kontrak setahun dengan Kedah dan komited dengan projek tahun depan.

“Tambahan pula, kami percaya Coach Tomi (Tomislav Steibruckner) patut meneruskan khidmat melatih Terengganu pada musim depan,” katanya di X.

Sebelum ini, Nafuzi dikhabarkan telah dirisik oleh finalis Piala Malaysia 2023 itu bagi melatih skuad Penyu pada musim depan.

Advertisements

Beliau kini fokus membantu Kedah menamatkan kempen Liga Super di tangga ketiga. Sang Kenari bakal berdepan Sabah FC di Stadium Likas pada 17 Disember.

Dengan kedua-dua pasukan hanya dipisahkan dua mata di tempat ketiga dan keempat, Kedah perlu menang bagi memastikan mereka menamatkan kempen di kedudukan tiga teratas Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram