Terengganu Risik Khidmat Nafuzi Zain Semula
Transfer
KDA FC
Advertisements

Dengan Liga Super bakal berakhir pada minggu hadapan, Terengganu FC dikatakan sudah mula membuat perancangan untuk musim 2024-2025.

Wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran mendedahkan khabar angin bahawa skuad Peteh cuba merisik khidmat jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain.

Namanya bukan asing dalam kalangan penyokong Terengganu kerana pernah membimbing skuad Penyu dari 2019 hingga 2022.

Advertisements

Antara pencapaian terbaik Nafuzi bersama Terengganu ialah bergelar naib juara Piala FA dan Liga Super 2022.

Bagaimanapun, beliau menolak usaha tersebut kerana komited dengan projek jangka panjang Kedah.

Sekiranya perkara ini benar, ini bakal mengundang persoalan tentang kedudukan jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner.

Advertisements

Beliau yang dibawa masuk menggantikan Nafuzi pada awal musim berjaya membimbing skuad Penyu ke final Piala Malaysia 2023.

Bagaimanapun, Steinbruckner gagal mengulangi pencapaian Terengganu dalam liga pada musim lepas di mana mereka ketika ini menduduki tempat keenam.

Kedudukan keenam Terengganu ketika ini terancam selepas KL City FC dan PDRM FC berjaya mengatasi lawan masing-masing.

Advertisements

Dengan ketiga-tiga pasukan berkongsi 37 mata, skuad Peteh perlu meraih kemenangan ke atas Perak FC pada 17 Disember ini bagi memastikan kedudukan enam teratas mereka tidak dicabar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram