Perlawanan Liga Super ke-25 antara pasukan PDRM dan Kelantan FC berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada tuan rumah.
Aksi yang berlangsung di Stadium MBPJ menyaksikan barisan muda The Red Warriors memberi tentangan hebat kepada juara MFL Challenge Cup 2023 di gelanggang lawan.
Sungguhpun asakan awal dilakukan oleh pasukan pelawat hampir membuahkan hasil, The Kops terlebih dahulu berada di depan menerusi tandukan James Okwuosa pada minit ke-22.
Kelantan memiliki dua peluang untuk menjaringkan gol menerusi rembatan Allee Putra namun dinafikan oleh penjaga gol PDRM, Aidil Abd Razak.
Giliran Izaaq Izhan menjadikan kedudukan 2-0 sebelum aksi babak pertama tamat.
Bersambung babak kedua, Kelantan hampir memdapatkan gol pertama perlawanan apabila dihadiahkan sepakan penalti namun rembatan pemain muda Kelantan singgah di palang gol.
PDRM terus mengukuhkan kedudukan dengan kelebihan dengan tambahan tiga lagi jaringan menerusi dua jaringan Bruno Suzuki dan satu daripada Kyaw Min Oo.
Kelantan pula berjaya memperoleh dua jaringan penting menerusi Khalaif Naskam dan juga pemain gantian, Leonardo Rolon namun PDRM menjaringkan dua lagi gol pada akhir permainan.
Perlawanan tamat dengan keputusan 7-2.
PDRM akan bertemu Selangor sementara Kelantan akan berdepan Kelantan United bagi aksi terakhir Liga Super musim 2023.