Eropah
Kelantan FC
Advertisements

Pasukan Liga Super 2023, TRW Kelantan FC kini secara rasmi telah memecahkan rekod yang dipegang oleh kelab Divisyen 3 Inggeris, Swindon Town menerusi aksi yang ditampilkan musim ini.

Pasukan bimbingan Alfredo Vera menghadapi pelbagai masalah sama ada dalam mahupun luar padang sekaligus memberikan tamparan hebat kepada pasukan.

Hal ini terbukti apabila The Red Warriors kini terpelosok di tangga tercorot Liga Super 2023 dan berpotensi untuk turun ke Liga M3 sekiranya tidak lulus Lesen Kebangsaan oleh MFL.

Advertisements

Perkara ini susulan Kelantan FC menghadapi tunggakan gaji yang belum diselesaikan selain masalah denda FIFA masih membelenggu pasukan.

Menerusi perkongsian oleh laman Opta Analyst, pasukan yang merekodkan jumlah bolos tertinggi adalah Swindon Town dengan 100 jaringan.

Advertisements

Rekod ini sudah pun dicatatkan kira-kira 29 tahun ketika pasukan itu beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) pada tahun 1993/94.

Antara pasukan lain yang merekodkan jumlah bolos terbanyak ialah Ipswich Town pada tahun 1994/95 dengan 93 gol.

Advertisements

TRW Kelantan setakat ini masih berbaki dua aksi dengan Kedah Darul Aman bakal menjadi lawan hebat sebelum menutup tirai musim ini.

Untitled design 24 Kelantan FC Pecah Rekod Swindon Town

Kelantan FC pada musim ini sudah dibolosi 102 gol dan hanya menjaringkan 24 gol daripada 23 aksi yang telah diharungi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram