Advertising
Kedah Kutip Dua Kekalahan Dalam Satu Masa
Liga Super
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Kedah Darul Aman mengharungi hari yang pahit apabila tewas dua kali dalam tempoh yang cukup singkat.

Sang Kenari mengharungi kempen yang agak baik namun mengalami kejutan apabila tewas 3-0 di tangan seteru utara, Penang FC.

Skuad kendalian Nafuzi Zain bagaimanapun melakar keputusan positif ketika berdepan Terengganu dan juga Terengganu ll.

Ad

Keputusan ini berlarutan kepada skuad Piala Presiden pasukan iaitu Kedah Darul Aman C yang membuka aksi berdepan Kelantan Darul Naim C.

Ad

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Mini Daerah Machang itu menyaksikan pasukan tuan rumah memperoleh kemenangan hasil jaringan tunggal pada babak kedua.

View this post on Instagram

A post shared by Kedah Darul Aman Football Club (@kedahdarulamanfc)

Ad
Ad

Kekalahan itu menyaksikan dua skuad Kedah yang mengharungi aksi serentak gagal meraih kemenangan sungguhpun berdepan lawan yang dijangka mampu mengutip kemenangan mudah.

Ad

Selepas ini, skuad senior Kedah akan bertemu Negeri Sembilan FC pada 24 April 2024 di Stadium Darul Aman sebagai perlawanan ujian VAR sementara Kedah Darul Aman C akan melayan kunjungan Penang C.

Aksi skuad muda Kedah dijadual berlangsung pada 2 Mei 2024 di Stadium Mini MPKP, Jitra menerusi kemas kini oleh laman FA Malaysia.