Pra-Musim: Kedah Tumpas Mengejut Di Tangan Penang 3-0
Persahabatan
Penang FC
Advertisements

Aksi pra-musim 2024 mengundang sedikir kejutan apabila Kedah mengalami kekalahan di tangan Penang.

Skuad kendalian Nafuzi Zain mengekalkan barisan terbaik sungguhpun turun tanpa kelibat penyerang utama pasukan, Syafiq Ahmad.

The Phanters pula membariskan gabungan muka baharu dan lama yang diketuai oleh kapten pasukan, Rafael Vitor.

Advertisements

Perlawanan berlangsung baik pada 25 minit pertama permainan dengan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan balas pantas.

Kedudukan bagaimanapun berubah apabila perancsng tengah Penang, Syamer Kutty membuka akaun jaringan peribadi dan perlawanan pada minit ke-33.

Anak didik Akmal Rizal menambah derita Sang Kenari apabila peledak berbisa pasukan, Rodrigo Dias meledak gol kedua seminit sebelum babak pertama tamat.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Kedah menggandakan usaha untuk mencari jaringan setelah ketinggalan dua gol pada aksi separuh masa pertama.

Penang menambah derita tuan rumah apabila menjaringkan gol ketiga menerusi ledakan Rahmat Makasuf pada minut ke-60.

Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Advertisements

Sebelum ini, Kedah terikat ketika bertemu Terengganu sementara Penang tewas tipis kepada skuad muda Peteh dengan keputusan 1-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram