Pra-Musim: Terengganu & Kedah Terikat Di Gong Badak
Persahabatan
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Aksi pra-musim 2024 antara pasukan Terengganu dan Kedah berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik.

Aksi babak pertama memperlihatkan pertembungan kualiti yang seimbang antara kedua-dua pasukan.

Advertisements

Anak didik Nafuzi Zain bermula baik menerusi serangan bertali-arus dengan gandingan Syafiq Ahmad dan Gordic memberi masalah besar kepada tuan rumah.

Hujan lebat jelas memberi kesan kepada rentak perlawanan yang kekal tanpa jaringan menuju akhir babak pertama.

Bersambung babak kedua, beberapa pertukaran dilakukan oleh kedua-dua pasukan untuk mendapatkan jaringan.

Advertisements

Tuan rumah mendapat jaringan yang ditunggu-tunggu menerusi ledakan penyerang berbisa, Ismaheel Akinade pada minit ke-48.

Jaringan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila apabila pertahanan Sang Kenari, Akmal Zahir menyamakan kedudukan 10 minit berselang.

Terengganu sebelum ini telah menewaskan Penang dengan keputusan 1-0 sementara Kedah merekodkan keputusan sama berdepan Terengganu ll.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram