Pra-Musim: Terengganu Mula Langkah Kanan Tundukkan Penang
Persahabatan
Penang FC
Advertisements

Terengganu mencatatkan kemenangan pertama untuk kejohanan 4 penjuru pra-musim 2024/25 apabila menewaskan Penang dalam Agarbomb Performance Cup.

Sang Penyu menampilkan kesebelasan terbaik dalam aksi ini dengan menurunkan Suhaimi Husin, Shahrul Nizam, Alif Zakaria dan Nurillo Tukhtasinov termasuk muka-muka baharu seperti Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Marin Pilj, Ismaheel Akinade dan Manuel Ott.

Pasukan Penang pula dibarisi pemain-pemain seperti Nik Akif Syahiran, Rafael Victor, Al-Hafiz serta kehadiran pemain baharu Muhaimin Izuddin.

Advertisements

Aksi separuh masa pertama dihiasi dengan dominasi penguasaan bola oleh Penang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sekaligus sedikit menenggelamkan pasukan tuan rumah.

Namun kedua-dua pasukan gagal membolosi gawang gol lawan sehingga tamat babak pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 0-0.

Bermula babak kedua, Terengganu cuba menggandakan asakan ke atas Penang menerusi beberapa siri percubaan.

Advertisements

Ismaheel Akinade menceriakan para penyokong Sang Penyu apabila menghadiahkan gol pertama pada minit ke-69 perlawanan.

Keputusan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan Terengganu berjaya menewaskan Penang dalam aksi pertama Agarbomb Performance Cup.

Terengganu seterusnya akan menentang Kedah pada 19 April ini manakala Penang pula akan berhadapan dengan Terengganu II.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram