Pasukan Liga Super 2023, Kedah Darul Aman menjelaskan status sebenar berkenaan aksi persahabatan menentang kelab Brazil, Santos FC.
Tulat berita mengenai Sang Kenari yang dikhabarkan bakal berdepan jaguh Serie B Brazil itu yang bakal melakukan jelajah di Asia.
Sebelum ini, ketua jurulatih, Nafuzi Zain telah membuka mulut mengenai perkara ini sambil memberi bayangan bahawa aksi ini tidak akan menjadi kenyataan.
Perkara ini akhirnya disahkan apabila Kedah Darul Aman tampil dengan satu kenyataan rasmi hari ini.
“KDA FC ingin menjelaskan berita berkenaan perlawanan menentang Santos FC yang diwar-warkan oleh kelab tersebut dan menjadi viral di media tempatan.”
“Untuk makluman, tidak ada sebarang persetujuan rasmi dari KDA FC berkenaan perlawanan yang dirancang dan menghormati Santos FC yang meletakkan nama KDA FC dalam senarai antara pasukan dalam siri perlawanan persahabatan kelab dari Brazil tersebut.”
Pihak kelab berharap agar tiada lagi spekulasi bakal dibuat tatkala Santos juga telah menurunkan hantaran berkenaan perlawanan tersebut
“KDA FC berharap penjelasan ini dapat mengelakkan berita yang tidak tepat susulan pengumuman oleh Santos FC berkenaan perlawanan persahabatan tersebut,” jelas Kedah dalam satu kenyataan.
Kedah ketika ini menghadapi beberapa kekangan namun masih mampu menamatkan saingan Liga Super 2023 di tangga ke-4 dengan 54 mata.