Nafuzi Zain Nafi Pertemuan Kedah & Santos Bakal Jadi Kenyataan
Asia Tenggara
KDA FC
Advertisements

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain memberitahu bahawa pertemuan antara pasukan bimbingannya dengan jaguh Brazil, Santos FC tidak akan terjadi dalam masa terdekat.

Tular berita mengenai pasukan Amerika Selatan itu yang difahamkan bakal datang ke Malaysia dan bertemu dengan Sang Kenari bagi aksi pra-musim.

Perkara ini bagaimanapun dinafikan oleh pengendali muda tersebut ketika bercakap kepada Scoop susulan situasi tidak menentu pasukan ketika ini.

Advertisements

“Saya dan pasukan tidak dimaklumkan oleh pihak pengurusan kelab tentang perlawanan persahabatan ini, dan khabar angin itu tidak benar kerana kami tidak akan menentang Santos FC. Liga Super Malaysia telah tamat beberapa bulan lalu dan pemain kami masih belum memulakan latihan mereka untuk musim baharu.”

“Kami telah menghadapi banyak isu kewangan dalam kelab kami, dan pihak pengurusan bekerja keras untuk menyelesaikan masalah yang berterusan ini. Itulah fokus utama mereka buat masa ini.”

“Kami hanya boleh memikirkan perlawanan dan latihan pramusim kami sebaik sahaja isu kewangan dan gaji pemain diselesaikan. Buat masa ini, kami tidak mempunyai sebarang rancangan untuk bermain sebarang aksi pra-musim atau perlawanan persahabatan.”

Advertisements

Bekas jurulatih Terengganu ini merasakan pasukan tersebut tidak mengetahui status sebenar dan keadaan Kedah ketika ini sekaligus menyebabkan hasrat penyokong untuk melihat aksi ini terjadi tidak kesampaian.

“Saya tidak fikir Santos FC tahu tentang isu berterusan kami, dan itu boleh menjadi sebab mengapa mereka menyiarkan di platform media sosial mereka bahawa mereka akan bertemu Kedah.”

“Saya percaya perbincangan untuk perlawanan persahabatan itu dibuat musim lalu, tetapi kita tidak pernah tahu. Sebaik sahaja isu kewangan selesai, kami mungkin akan bertemu mereka dalam perlawanan persahabatan pada masa hadapan,” kata Nafuzi kepada Scoop.

Advertisements

Sungguhpun berdepan pelbagai kekangan danncabaran, Kedah Darul Aman terus beraksi dengan baik dan berjaya menduduki tempat ke-4 dengan 53 mata pada musim Liga Super 2023 yang berakhir baru-baru ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram