Malaysia terpaksa akur dipintas Thailand dalam kedudukan carta kumpulan B ASEAN Hyundai Cup 2026.
Perlawanan ketiga kumpulan B ASEAN Hyundai Cup 2026 menyaksikan Malaysia kalah 0-2 kepada Thailand di Stadium Rajamangala dengan dua jaringan di setiap babak memberikan 3 mata berharga buat pasukan Gajah Perang.
Jaringan menerusi sepakan penalti Yotsakon Burapha pada minit ke-38 dan gol kedua hasil sentuhan menarik Teerasak Poeiphimai membuatkan skuad kebangsaan pulang ke tanah air tanpa mengutip sebarang mata pada aksi ke-3 ini.
Kekalahan 0-2 ini memberikan kesan kepada kedudukan Malaysia apabila Thailand berjaya merampas posisi teratas kumpulan B meskipun memiliki kutipan mata yang sama seperti pasukan negara, namun berkelebihan dari segi jaringan.
Thailand yang baru bermain dua kali mengumpul 6 mata dengan 7 jaringan terhasil tanpa sebarang bolos manakala Malaysia memiliki mata yang sama hanya mencatat 3 perbezaan gol selepas mencetak 6 jaringan dan dibolosi 3 kali.
Myanmar dan Filipina mengejar rapat di tangga ketiga dan keempat setelah dua perlawanan awal yang ditempuhi dengan masing-masing mengumpul 3 mata hasil satu kemenangan dan satu kekalahan yang direkodkan sebelum ini.
Malang buat Laos apabila sah tersingkir dari pentas ASEAN Hyundai Cup 2026 setelah mencatat satu lagi kekalahan kepada Thailand, Malaysia serta Filipina dalam perlawanan ke-3 mereka di gelanggang sendiri pada petang Sabtu.
Hari perlawanan ke-4 bakal menyaksikan Thailand terbang ke Manila bagi menentang Filipina sementara Laos pula dijadadualkan menanti kunjungan dari Myanmar, tatkala Malaysia pula diberi tempoh rehat sebelum kembali beraksi pada 2027.