Kegembiraan Melampau Kawasaki Frontale Makan Diri
ACL
Kawasaki/AFC
Advertisements

Kegembiraan melampau yang ditunjukkan oleh jaguh Jepun, Kawasaki Frontale akhirnya makan diri selepas ditundukkan oleh wakil China, Shandong Taishan.

Aksi pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC (ACL) itu menyaksikan Kawasaki membawa bekalan selesa di laman sendiri selepas merekodkan kemenangan 3-2 di laman lawan.

Kelebihan itu bagaimanapun gagal dimanfaatkan apabila anak didik Toru Oniki tewas mengejut 4-2 sekaligus tersingkir daripada kejohanan berprestij tersebut.

Advertisements

Sebelum ini, skuad jolokan Azzurro Nero dalam motivasi terbaik selepas menjulang trofi pertama musim 2024 apabila menundukkan Vissel Kobe dengan keputusan 1-0.

Menerusi satu klip yang tular di media sosial, pengurusan tertinggi Kawasaki Frontale kelihatan terlalu yakin bahawa pasukan itu akan mara ke pusingan berikutnya.

Hal ini berlaku di majlis undian perlawanan pusingan kalah mati apabila kelihatan dua individu penting Kawasaki Frontale sempat bergelak ketawa selepas mendapat tahu lawan mereka adalah Shandong Taishan.

Advertisements

Kegembiraan ini akhirnya menghukum diri apabila mereka gagal meloloskan diri ke pusingan suku akhir.

Shandong Taishan meledak empat gol masing-masing menerusi Cryzan (2 gol), Zhunyi Gao dan juga Jadson untuk meneruskan cabaran pasukan ke suku akhir.

Video: Kawasaki Frontale vs Shandong Taishan

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram