Kehadiran Final Di Jepun Pecah Rekod, 20 Ribu Di Belakang SNBJ
Asia
Kawasaki Frontale
Advertisements

Final Emperor’s Cup 2023 membabitkan dua kelab Jepun, Kawasaki Frontale dan Kashiwa Reysol telah mencipta rekod tersendiri semalam.

Mengikut akaun X Emperor’s Cup JFA, kehadiran 62,837 orang di Stadium Nasional Jepun semalam telah memecahkan rekod kehadiran penonton aksi final kejohanan itu.

Sebelum ini, rekod tertinggi yang dipegang setakat ini ialah 57,785 orang. Rekod kehadiran ini dicatat semasa final Emperor’s Cup edisi 2021.

Advertisements

Para penyokong yang hadir pada aksi final berkenaan puas melihat kedua-dua pasukan bermati-matian merebut gelaran juara berprestij Jepun itu.

Pada akhirnya, Kawasaki Frontale berjaya menggondol gelaran juara selepas menewaskan Reysol 8-7 menerusi penentuan sepakan penalti.

Kejayaan ini membolehkan Gremio layak ke Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim depan sebagai wakil ketiga Jepun selepas juara J1 League, Vissel Kobe dan naib juara liga, Yokohama F. Marinos.

Advertisements

Biarpun angka kehadiran ini sebagai sesuatu yang membanggakan, ini tidak mengatasi rekod kehadiran final Piala Malaysia 2023 yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Final Piala Malaysia 2023 menyaksikan 80,550 orang menghadiri pertarungan membabitkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Terengganu FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram