Kejayaan Romel Morales Bersama Malaysia Terima Pujian Orang US
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Kejayaan pemain naturalisasi Malaysia, Romel Morales menjaringkan gol dalam aksi bertemu Korea Selatan bagi kempen Piala Asia 2023 telah membuka mata banyak pihak.

Bagi Romel, beliau merasakan peluang mewakili Malaysia adalah satu peluang yang beliau sendiri tidak dapat menolak kerana kecintaan yang beliau miliki terhadap negara ini.

“Ianya merupakan satu pengalaman yang indah bagi saya (mewakili Malaysia). Sememangnya ia merupakan pengalaman yang baru. Saya sudah lama beraksi di Malaysia, enam tahun secara tepatnya.

Advertisements

“Saya tak pernah membayangkan apabila saya sampai di Malaysia bahawa saya akan menyarung jersi kebangsaan. Tapi itulah bola sepak, apabila peluang itu hadir (mewakili Malaysia) anda tidak boleh katakan tidak.

“Kerana cinta terhadap negara ini, saya buat keputusan untuk beraksi buat Malaysia dan menjadi kebanggaan apabila beraksi untuk negara ini,” luah Romel kepada ESPN.

Menganggap Piala Asia bukanlah pentas yang mudah untuk bersaing, Romel percaya bola sepak Malaysia sedang membangun dengan jayanya.

Advertisements

ESPN juga mengucapkan tahniah kepada Romel di atas jaringan minit-minit akhir ketika bertemu Korea Selatan yang menghadiahkan mata pertama Malaysia di Piala Asia.

“Kebenarannya ialah bola sepak Malaysia sedang mengalami kemajuan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sudah lama kita tidak beraksi di Piala Asia.

“Memang cabaran yang besar buat kami. Berada di kumpulan yang sukar. Kita semua tahu Korea Selatan merupakan calon untuk menjuarai Piala Asia. Di situ ada juga Jordan dan Bahrain yang lebih tinggi rankingnya berbanding kita.

Advertisements

“Dari awal memang kita tiada kelebihan namun kami hadir dengan penuh semangat dan persediaan yang rapi. Sekurang-kurangnya kita meraih perasaan yang baik selepas berjaya memberi saingan kepada lawan yang hebat,” jelas Romel lagi.

Selepas tersingkir dari Piala Asia 2023, Malaysia akan meneruskan perlawanan antarabangsa pada 21 Mac depan dengan menentang Oman bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram