Kekalahan PDRM Buka Mata Kelab Liga Super Hadapi Pasukan Liga A1 Semi Pro
MakanBola
PDRM FC
Sponsors

Kekalahan mengejut PDRM FC di tangan Malaysia University dalam saingan Piala FA semalam membuka mata semua kelab Liga Super.

Ini kerana ini menunjukkan cabaran yang dibawa pasukan Liga A1 Semi Pro yang bertanding dalam saingan piala berkenaan tidak patut dipandang enteng.

Ad

Saingan Liga A1 Semi Pro musim 2024/25 menyaksikan 15 pasukan bersaing termasuk juara liga musim lepas, Imigresen FC.

Ad

Meskipun liga itu baru saja memasuki perlawanan kedua, saingan yang ditampilkan semua pasukan kali ini cukup sengit.

Ini ditambah dengan perubahan yang dibuat Amateur Football League (AFL) untuk musim 2024/25 di mana pasukan-pasukan dibenarkan merekrut pemain import berusia 23 tahun ke bawah.

Ad

Perubahan ini mendorong sesetengah pasukan berbelanja untuk mendapatkan dua tenaga import yang diperlukan mereka.

Ad

Berbeza dengan Liga Super yang mengetengahkan 13 pasukan untuk musim 2024/25. Selepas tiga perlawanan, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) menerajui liga ketika ini dengan sembilan mata.

Ad

Di atas kertas, kelebihan memihak kepada pasukan-pasukan Liga Super. Ini kerana kesemua pasukan diperkuatkan pemain import dengan sesetengah daripadanya merekrut tujuh hingga sembilan pemain import.

Malah, kebanyakan pasukan Liga Super turut diperkuat pemain tonggak yang beraksi untuk skuad kebangsaan baik Harimau Malaya atau negara asing.

Walau bagaimanapun, kelebihan ini tidak terpakai apabila saingan Piala FA membuka tirainya semalam. Ini kerana pertandingan itu bersifat terbuka dan menggunakan format kalah mati pada pusingan 16 pasukan terbaik.

Sementara format timbal balik pula bakal digunakan untuk aksi pusingan suku akhir dan separuh akhir Piala FA.

Dengan pertandingan Piala FA bersifat terbuka, mana-mana pasukan berpeluang mencipta kemenangan termasuk pasukan Liga A1 Semi Pro seperti Malaysia University.

Kemenangan anak buah Ridzuan Abu Shah itu ke atas The Cops dikira mengejutkan dengan mengambil kira pencapaian pasukan itu pada musim 2023.

Musim tersebut menyaksikan PDRM menamatkan musim di tangga kelapan liga. Musim 2023 turut menyaksikan The Cops mencipta kejutan ke atas pasukan ternama seperti Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Selain itu, pasukan berkenaan turut menggondol gelaran juara Challenge Cup dengan mengenepikan cabaran Kuching City FC.

Atas sebab itu, kejayaan Malaysia University dilihat satu amaran kepada pasukan Liga Super lain agar tidak memandang rendah cabaran dua lagi wakil Liga A1 Semi Pro, Bukit Tambun FC dan KL Rovers FC.

Malaysia University bakal menanti sama ada JDT atau Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) di peringkat suku akhir Piala FA.