Kelab A-League di Australia iaitu Newcastle Jets dilaporkan memburu khidmat pengendali Harimau Malaya.
Era revolusi pasukan kebangsaan di bawah pimpinan DYAM Tunku Ismail menyaksikan beberapa pengendali dari Australia untuk memantapkan pasukan.
Permulaan cemerlang oleh pasukan bimbingan Peter Cklamovski apabila berjaya menewaskan pasukan ke-175 dunia, Nepal dengan keputusan 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim.
Laporan daripada Australia iaitu Newcastle Herald mendakwa bahawa Newcastle Jets kini telah memuktamadkan proses untuk mendapatkan khidmat jurulatih Harimau Malaya, Mark Milligan.
Bekas perancang tengah pasukan kebangsaan Australia itu dilaporkan bakal menggantikan posisi Robert Stanton yang tidak lagi bersama pasukan bagi musim baharu.
“Newcastle Jets dilaporkan sedang memuktamadkan proses untuk mendapatkan khidmat Mark Milligan bagi saingan A-League 2025-26,” ujar laporan tersebut.
Beliau baru sahaja dilantik bersama pasukan kebangsaan sejak Februari lalu dan bertugas bersama barisan kejurulatihan lain untuk membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mantap.
Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berhubung perkara ini sama ada dari pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan juga Mark Milligan sendiri.
Sebagai rekod, beliau pernah berkhidmat selaku pembantu jurulatih di Adelaide United selama tiga tahun selain memiliki pengalaman luas sebagai bekas pemain.