Advertisement
Kelab Gergasi Jepun Dikatakan Berminat Dapatkan Arif Aiman
Transfer
MakanBola
Azri/MakanBola

Salah sebuah kelab gergasi di Liga Jepun dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap sensasi Malaysia, Arif Aiman Hanapi.

Pemain berusia 22 tahun itu mempamerkan persembahan yang cukup cemerlang ketika membantu JDT berdepan Kawasaki Frontale.

Sungguhpun Harimau Selatan tewas tipis pada perlawanan tersebut, kelibat pemain sayap lincah itu mula menjadi tumpuan peminat.

Beliau beberapa kali berjaya memberi masalah kepada barisan pertahanan Kawasaki Frontale yang sukar mengawal rapi kelibatnya di atas padang.

Perkhabaran terkini menyaksikan beliau kini mula menarik perhatian beberapa kelab gergasi di Jepun.

Perkara ini telah dikongsikan oleh pengurus sebuah portal bola sepak Jepun, Shinpei Kamada bahawa Arif Aiman kini berada dalam radar kelab Jepun.

Pada musim ini, beliau sudah pun menjaringkan 7 gol selain merekodkan 12 bantuan gol dalam saingan Liga Super 2023.

Sebelum ini, ketua jurulatih Kawasaki Frontale, Toru Oniki mengakui bahawa Arif Aiman banyak memberi masalah kepada pasukannya.

“Dia menjadi ancaman buat pasukan kami sepanjang perlawanan tersebut. Saya melihat beliau (Arif) sebagai salah seorang pemain yang mampu memberikan impak yang terbaik.”

“Saya sudah mengingatkan kepada para pemain tentang apa yang boleh dilakukan olehnya (Arif) tetapi beliau tetap mampu memberikan masalah dan mencipta peluang buat JDT,” jelasnya selepas perlawanan tersebut.

Sebelum ini, antara pemain yang pernah berkelana di liga terbaik Asia ialah Kogileswaran Raj (K2 League) dan Hadi Fayyadh bersama Fagiano Okayaman (J2 League).