Advertisement
Arif Aiman Dalam Radar Kawasaki Frontale
ACL
MakanBola
Azri/MakanBola

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi berada dalam pemantauan kelab gergasi Jepun, Kawasaki Frontale.

Bintang berusia 22 tahun itu melakukan satu persembahan yang cukup baik untuk melakar satu persaingan yang cukup hebat ke atas jaguh Asia tersebut.

Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu bagaimanapun berakhir dengan sedikit kelesuan apabila JDT tewas tipis 1-0 kepada Kawasaki Frontale.

Gol tunggal Marcinho pada minit ke-44 sudah cukup untuk memberikan 3 mata di tempat lawan buat pasukan elit tersebut.

Sejurus tamat perlawanan, ketua jurulatih Kawasaki, Toru Oniki mengakui bahawa Arif merupakan antara pemain yang banyak memberikan masalah buat pasukannya.

“Dia menjadi ancaman buat pasukan kami sepanjang perlawanan tersebut. Saya melihat beliau (Arif) sebagai salah seorang pemain yang mampu memberikan impak yang terbaik.”

“Saya sudah mengingatkan kepada para pemain tentang apa yang boleh dilakukan olehnya (Arif) tetapi beliau tetap mampu memberikan masalah dan mencipta peluang buat JDT,” jelasnya selepas perlawanan tersebut.

Arif beraksi selama 90 minit di atas padang dan mencatat satu percubaan tepat, dua gelecekan sempurna, memenangi 4 pertarungan bola dan merekodkan 72 peratus hantaran sempurna.

Pada musim ini, Arif sudah pun meledak 7 gol dan mencatat 12 bantuan gol dalam 20 penampilan liga.

JDT akan berkunjung ke Kawasaki bagi aksi seterusnya pada 28 Nov 2023.