Penjaring gol Kawasaki Frontale berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT), Marcinho membuat kejutan apabila mencatatkan penilaian paling rendah pada aksi semalam.
Pemain berusia 28 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan dan digandingkan bersama Bafetimbi Gomis dan Akihiro Ienaga.
Beliau memberi masalah yang cukup besar kepada pertahanan Harimau Selatan terutamanya Matthew Davies yang beraksi selaku pertahahan kanan JDT.
Marcinho berjaya menjaringkan gol pada minit ke-44 dan menjadi jaringan tunggal pasukan untuk meraih 3 mata.
Aksi beliau bagaimanapun dinilai antara terburuk berdepan juara bertahan Liga Super 2023 itu apabila hanya memperoleh 6.7 daripada 10 penilaian penuh menerusi laman Sofa Score.
Beliau menjadi antara pemain yanh menerima penilaian terendah buat Kawasaki Frontale termasuklah kapten pasukan, Kento Tachibanada dan Shintaro Kurumaya yang beraksi dalam kesebelasan utama pasukan.
Marcinho hanya melakukan 28 sentuhan, dua rembatan tepat, dan tiga peluang yang disia-siakan dalam aksi tersebut.
Pada musim ini, beliau hanya menjaringkan 2 gol dalam 15 penampilan dan aksi menentang JDT merupakan gol kedua peribadinya.
Beliau dijangka akan terus memainkan peranan penting bersama pasukan bagi baki saingan musim 2023 dan bakal menentang JDT di laman sendiri pada 28 November 2023.