Fernando Forestieri Beri Kejutan Kepada Penyokong JDT
MFL
JOHOR Southern Tigers
Advertisements

Penyerang sensasi JDT, Fernando Forestieri memberi kejutan kepada penyokong JDT apabila kembali beraksi diatas padang setelah hampir 2 bulan disisihkan akibat kecederaan.

Forestieri diturunkan dalam skuad JDT II untuk saingan Liga Juara Piala MFL bertemu Perak yang menyaksikan pasukan Harimau Selatan berjaya menang tipis 1-0 dalam perlawanan tersebut.

Penyerang kelahiran Argentina itu bermain untuk 45 minit sahaja dan dikeluarkan pada awal babak kedua perlawanan bertujuan untuk meningkatkan kembali kecergasan beliau setelah hampir 2 bulan tidak beraksi.

Advertisements

Media rasmi JDT sebelum ini turut berkongsi perkembangan positif Forestieri yang telah mula menjalani sesi latihan bersama pasukan bermula minggu lalu.

Kelibat penyerang berusia 33 tahun itu pastinya memberi berita gembira buat penyokong JDT yang ternanti-nanti aksi beliau diatas padang.

Forestieri yang mengalami kecederaan sewaktu perlawanan akhir Piala FA bertemu KL City bakal kembali memperkuatkan pasukan utama JDT dan dijangka tersedia untuk aksi kedua Liga Juara-Juara Asia (ACL) bertemu BG Pathum United.

Advertisements

Forestieri menampilkan aksi yang cemerlang dalam saingan liga musim ini apabila menjaringkan 17 gol dalam 16 perlawanan sebelum penyerang tersebut ditimpa kecederaan.

Selain Forestieri, kelibat Safawi Rasid, Ramadhan Saifullah dan Adam Nor Azlin turut hadir menghiasi kesebelasan utama JDT II bertemu Perak II semalam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram