Kelab Jepun Buat Kejutan Tewaskan PSG
Asia
Cerezo Osaka
Advertisements

PSG masih gagal mencari kemenangan kedua dalam program pra-musim mereka apabila tewas 3-2 kepada kelab J1 League, Cerezo Osaka di Stadium Nagai, Osaka semalam.

Dengan Neymar terus diletakkan di bangku simpanan, tanggungjawab menjaringkan gol digalas penyerang muda Hugo Ekitike. Ekitike tidak menghampakan jurulatihnya, Luis Enrique dengan menyumbat gol pertama pada minit ke-17.

Kelebihan yang dimiliki Les Parisien hanya bertahan selama lima minit dengan Cerezo menyamakan kedudukan menerusi pemain sayap Belgium, Jordy Croux.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, PSG sekali lagi berada di hadapan menerusi Vitinha pada minit ke-49.

Gol tersebut tidak mematahkan semangat tuan rumah dengan kemenangan diraih menerusi gol Sota Kitano (minit ke-67) dan bekas pemain tengah Manchester United, Shinji Kagawa (minit ke-79).

Advertisements

Ini kali kedua kelab J1 League mengejutkan kelab Eropah yang mengharungi pra-musim. Sebelum itu, Celtic dimalukan Yokohama F. Marinos apabila dibelasah 6-3.

Kemenangan ini menjadi tonik berharga buat Sakura di mana selepas ini, mereka akan mengharungi perlawanan pusingan keempat Emperor’s Cup menentang Shonan Belmare pada 2 Ogos ini.

Advertisements

PSG pula selepas ini akan bertemu dengan Inter Milan pada 1 Ogos sebelum mengakhiri pra-musim dengan menentang kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors pada 3 Ogos.

Selepas dimalukan Cerezo di bumi Negara Matahari Terbit itu, Enrique pastinya mahu perkara sama tidak berulang bila mereka menentang Jeonbuk.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram