Kelab Jerman mengambil langkah yang luar biasa apabila mendapatkan khidmat perancang tengah masa depan Malaysia, Hanz Skelchy.
Pemain berusia 20 tahun itu pernah membuat kemunculan awal beberapa tahun lalu apabila membintangi sebuah filem tempatan iaitu Anak Rimau The Movie pada tahun 2022.
Berdasarkan perkongsian Harimau Abroad dan Destiny FDC, Hanz kini terus melebarkan sayapnya di Jerman setelah kali pertama beraksi buat Pirmasens B-19.
Beliau terus mendapat tempat dan meraih tumpuan beberapa kelab sebelum membuat keputusan untuk berhijrah ke SpVgg Ketsch tahun lalu.
Hanz kini mendapat peluang untuk bersama sebuah kelab lain apabila VfR Wormatia Worms II yang beraksi di Landesliga iaitu Divisyen 6 di Jerman.
Kemunculan beliau menjadi tumpuan peminat di Malaysia terutamanya selepas adiknya iaitu Kyle Joshua Skelchy turut berkelana di Jerman bersama VfR Mannheim U19.
Beliau pernah beraksi buat skuad muda Malaysia pada tahun 2019 ketika menyertai kejohanan Soong Ching Ling Cup.
Terdapat juga tonggak muda negara yang membawa haluan ke Jerman sebelum ini seperti pertahanan B-23 kebangsaan, Annil Vigneswaran.