Reziq Bani Hani Sertai Juara Liga Jordan, Al Hussein
MakanBola
Al Hussein SC
Sponsors

Bekas penyerang Selangor, Reziq Bani Hani diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain baharu kelab Jordan, Al Hussein SC.

Terdahulu, Selangor mengumumkan perpisahan bersama Reziq, sekaligus menyaksikan jodoh pemain berusia 22 tahun ini hanya bertahan selama 5 bulan di Liga Malaysia.

Ad

Walau bagaimanapun, dalam pengumuman tersebut tidak dinyatakan secara terperinci mengenai kelab baharu yang bakal diwakili oleh pemain muda Jordan ini.

Ad

“Penyerang muda Jordan, Reziq Banihani secara rasmi telah meninggalkan kelab itu secara perpindahan tetap ke kelab lain di Jordan,” umum Selangor menerusi satu ciapan di laman X.

Teka-teki mengenai hala tuju bekas pemain Al-Faisaly ini terjawab apabila Al Hussein SC menerusi hantaran media mengumumkan ketibaan Reziq sebagai rekrut terbaharu mereka.

Ad

”Reziq Bani Hani, bintang baharu The Royal Brigade,” tulis Al Hussein di media sosial pasukan.

Ad

Al Hussein adalah juara Jordanian Premier League bagi musim 2023/2024 setelah mengumpul 59 mata hasil 19 kemenangan, dua keputusan seri dan satu kekalahan dalam 22 perlawanan.

Ad

Untuk musim ini, kelab yang dibimbing Tiago Moutinho ini berada di tangga ke-3 liga dengan 7 mata setelah meraih dua kemenangan dan satu keputusan seri dalam tiga aksi awal.