Ads
Selangor Umum Perpisahan Mengejut Reziq Bani Hani
Transfer
Selangor FC

Selangor membuat keputusan untuk melepaskan pemain import, Reziq Bani Hani setelah hampir lima bulan bersama pasukan.

Advertisements

Pengumuman mengejut ini dibuat menerusi satu hantaran di media sosial Selangor FC yang menyaksikan Reziq telah dengan rasminya meninggalkan pasukan untuk menyertai kelab lain.

Advertisements

Penyerang Jordan berusia 22 tahun ini dikhabarkan akan membawa haluan baharu dengan menyertai sebuah kelab di negara kelahirannya secara perpindahan tetap selepas ini.

Advertisements
Advertisements

“Penyerang muda Jordan, Reziq Banihani secara rasmi telah meninggalkan kelab itu secara perpindahan tetap ke kelab lain di Jordan,” umum Selangor menerusi satu ciapan di laman X.

Pihak Selangor FC sempat merakamkan penghargaan buat Reziq di atas sumbangan beliau sepanjang menyarung jersi Merah Kuning dan mendoakan kejayaan di masa akan datang.

Advertisements

“Kami mengucapkan terima kasih atas jasanya selama bersama The Red Giants dan mendoakan yang terbaik untuk beliau pada masa hadapan,” tulis Selangor FC lagi.

Sejak menyertai Selangor pada awal Mei yang lalu, Reziq sudah pun meledak dua gol dan satu bantuan jaringan dalam 10 penampilan bagi kesemua kejohanan domestik.

Advertisements

Reziq juga berjaya membantu The Red Giants muncul naib juara Piala FA 2024/2025 setelah tumbang di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan akhir di Bukit Jalil bulan lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram