Penyerang Kebangsaan Jordan, Reziq Bani Hani Sertai Selangor
Transfer
MakanBola
Jordan FA / AlFaisaly
Advertisements

Sebuah pasukan dari Liga Jordan, Al Faisaly SC hari ini telah mengumumkan perpisahan dengan seorang penyerang berbakat asal Jordan, Reziq Bani Hani.

Dalam satu kenyataan di laman media sosial rasmi pasukan, Al Faisaly mengumumkan perpindahan pemain berusia 22 tahun ini ke sebuah pasukan gergasi Liga Super Malaysia, Selangor FC.

Advertisements

Lembaga pengarah dan pengurusan kelab Al-Faisaly menzahirkan ucapan terima kasih atas segala khidmat Reziq Bani Hani sepanjang keberadaannya di kelab.

Al-Faisaly turut mendoakan kejayaan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada penyerang Jordan yang bakal beraksi dalam kancah Liga Super Malaysia bagi musim 2024/2025.

Advertisements

Terkini: Perpindahan mengejut ini secara rasmi turut diumumkan pasukan Selangor.

Advertisements

Untuk rekod, pemain berketinggan 1.79 m ini sempat membantu pasukannya, Al-Faisaly dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL). Beliau telah merekodkan enam penampilan di pentas tertinggi Asia itu dan berjaya menyumbang dua gol serta dua bantuan jaringan dalam saingan ACL musim lalu.

Advertisements

Kehadiran Reziq ini dilihat sebagai penambah ketajaman jentera serangan Selangor dibawah kendalian Nidzam Jamil musim ini. Sebelum ini, Selangor menandatangani penyerang import dari Chile iaitu Ronnie Fernandez.

News Comments Account