Ronnie Fernandez Senjata Pemusnah Baharu Selangor
Transfer
Selangor FC
Advertisements

Selangor FC kini dalam rangka terbaik untuk menghadapi musim baharu apabila berjaya membawa masuk penyerang berbisa dari Chile, Ronnie Fernandez.

Kehadiran penyerang berusia 33 tahun itu telah dikongsikan Selangor di semua platform media sosial rasmi pasukan.

“Ronnie memulakan kariernya sebagai seorang pemain ketika menjadi pemain pembangunan untuk pasukan bawah 19 tahun Santiago Wanderers FC sebelum dinaikkan pangkat ke skuad pasukan utama kelab itu pada Januari 2010.

Advertisements

“Untuk rekod, beliau telah bermain dalam 92 perlawanan, menjaringkan 22 gol dan membuat 10 bantuan gol untuk Santiago Wanderers FC.

“Ronnie kemudiannya terbang ke Arab Saudi, di mana dia bermain dalam Liga Pro Saudi, Piala Raja dan Piala Putera Mahkota Saudi bersama Al-Fayha FC dari musim 2017/2018 hingga 2020/2021. Tahun pertama Ronnie di luar negara adalah satu kejayaan, kerana dia memenangi gelaran Penjaring Terbanyak Liga Pro Saudi dengan 13 gol. Secara keseluruhan, beliau berjaya menyumbang 25 gol dalam 59 perlawanan ketika bersama Al-Fayha FC,” jelas Selangor FC di laman web rasmi pasukan.

Advertisements

Kali pertama beraksi di Asia Tenggara, Ronnie ternyata teruja dengan peluang beraksi bersama Selangor. Beliau berjanji mahu berikan yang terbaik buat kelab yang disifatkan beliau sebagai sarat dengan sejarah kejayaan.

“Ini kali pertama saya datang ke Asia Tenggara. Saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada Selangor FC.

Advertisements

“Apa yang saya tahu tentang kelab besar ini adalah sejarah hebatnya dan peminat yang bersemangat menyokong pasukan. Saya akan memberikan yang terbaik. untuk membantu pasukan mengharungi musim terbaik untuk 2024/2025 dalam Liga Malaysia dan ACL 2,” kata Ronnie.

Musim 2023 menyaksikan Ronnie beraksi untuk Bolivar La Paz. Beliau telah menjaringkan 18 gol daripada 26 perlawanan, membantu pasukannya memenangi Copa de la División Professional dan menduduki tempat kedua di Primera División 2023.

Advertisements

Beliau juga telah menyarung jersi negara kelahirannya, Chile, dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Kumpulan A benua Amerika Selatan menentang Uruguay dan Brazil pada Mac 2022.

Kehadiran Ronnie ke Selangor dilihat tepat pada waktunya kerana Selangor baru sahaja kehilangan khidmat dua penyerang berbisa mereka musim lalu iaitu Ayron Del Valle dan Richmond Boakye-Yiadom yang tidak disambung kontrak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram