Ayron Del Valle Ikut Jejak Brendan Gan
Transfer
Selangor FC
Advertisements

Selepas Brendan Gan sah tidak akan bersama Selangor FC untuk musim baharu nanti, penyokong Red Giants dikejutkan lagi dengan kehilangan penyerang berbisa pasukan, Ayron Del Valle.

Ayron telah disahkan meninggalkan pasukan walaupun menunjukkan aksi terbaik bersama Selangor sepanjang musim 2023.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurusan Selangor dalam portal rasmi pasukan sekali gus menyaksikan musim 2023 merupakan musim terakhir bintang dari Colombia itu.

Advertisements

“Pada mulanya dia menghadapi masalah komunikasi tetapi di atas padang, bahasa tidak menjadi penghalang baginya. Menurut Tan Cheng Hoe, Ayron merupakan pemain yang sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan.

“Dia tidak pernah merungut dan sentiasa mengikut arahan jurulatih walaupun mempunyai pengalaman luas dalam kerjayanya. Dia mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan kancah bola sepak Malaysia, tetapi kerana dedikasinya kepada pasukan, Ayron berjaya menjaringkan 25 gol dalam 33 perlawanan.

“Gol terakhirnya dalam Liga Super 2023 menentang Kedah Darul Aman FC memastikan dia menjadi Penjaring Terbanyak Liga Super 2023 selain membantu pasukan itu memperoleh tempat kedua liga dan layak ke ACL 2 2024,” umum Selangor FC di portal rasmi pasukan.

Advertisements

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon memberitahu media bahawa pihak pengurusan sedang berbincang untuk menawarkan lanjutan kontrak kepada Ayron.

Selain Ayron, Selangor juga sah melepaskan tiga pemain import lain iaitu Rauf Salifu, Richmond Boakye-Yiadom dan pertahanan Jordan, Yazan Al-Arab yang terlebih dahulu meninggalkan pasukan pada September tahun lalu.

Dengan kehilangan Ayron menjelang musim 2024/2025, perancangan Selangor sudah pasti menjadi perhatian ramai memandangkan mereka bakal membawa nama Malaysia dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram