Ayron Del Valle Laku Seperti Pisang Goreng Panas
Transfer
Selangor FC
Advertisements

Penyerang berbisa Selangor FC, Ayron Del Valle melalui musim yang cemerlang bersama Gergasi Merah selepas berjaya memenagi Anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak Liga Super dengan 23 gol.

Ketajaman Ayron sering kali memberi kegusaran benteng pasukan lawan yang akan berusaha sehabis baik untuk merantai pergerakan pemain dari Colombia itu.

Dek kerana kemenjadian beliau bersama Selangor musim ini, difahamkan khidmatnya kini diburu beberapa kelab dari Amerika Latin termasuk dari Mexico dan Amerika Syarikat.

Advertisements

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon dalam satu sesi temubual.

“Tahniah kepada Ayron kerana mendapat (Anugerah) Kasut Emas untuk tahun pertamanya di Malaysia, bukan satu perkara yang mudah untuk dibuat oleh mana-mana pemain asing.

Advertisements

“Satu pencapaian yang sangat baik untuk beliau, kita bergembira dengan pencapaian ini. Sudah tentu Ayron merupakan pemain yang penting untuk kami.

“Kita sedang berbincang dengan beliau, tetapi pemain macam dia memang ada banyak tawaran dan minat daripada kelab-kelab luar. Saya difahamkan ada kelab dari Mexico, US (Amerika Syarikat) dan Colombia juga berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Advertisements

“Jadi, kita kena berbincang dengan lebih lanjut macam mana perancangan untuk tahun depan, tengoklah macam mana, tetapi dia merupakan pemain yang berkualiti tinggi dan sudah tentu Selangor berminat untuk mengadakan perbincangan dengan beliau, kita akan lihat nanti,” katanya kepada Astro Arena.

Bagi musim 2023, Ayron telah membuktikan bahawa umurnya yang bakal menjengah 35 tahun bukanlah penghalang buat beliau apabila berjaya meledak 23 gol serta menyumbang lima bantuan gol buat Selangor.

Advertisements

Sudah pasti satu tugas berat buat Selangor untuk mengekalkan pemain berpengalaman ini yang juga pernah menjadi penjaring terbanyak Liga Colombia untuk tiga musim berturut-turut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram