Advertising
Kelantan DN Alami Nasib Serupa Seperti Kedah
MakanBola
KDNFC/KDAFC
Sponsors

Pasukan Kelantan DN dan Kedah Darul Aman mengalami nasib yang serupa ketika ini.

Saingan Liga Super sudah memasuki minggu ke-19 dengan 5 perlawanan telah berlangsung melibatkan 10 pasukan tatkala satu lagi aksi antara Kuching City vs Kedah terpaksa ditunda.

Ad

Di sebalik kemeriahan musim ini, kelab seperti Kedah Darul Aman telah diuji dengan kehilangan 7 tonggak utama yang memilih untuk mencari haluan baharu meskipun musim ini belum berakhir.

Ad

Antara pemain yang memilih untuk meninggalkan pasukan Kedah adalah Habib Haroon, Kalamullah Al Hafiz, Fikri Che Soh, Sony Norde, Cleylton Santos, Faiz Subri dan Sukhrob Nurulloev.

Ini menyaksikan skuad Sang Kenari ketika ini hanya diperkuat gandingan pemain muda dan senior tempatan serta Milos Gordic dan Ebenezer Assifuah di jentera serangan pasukan.

Ad

Selain Kedah, pasukan Kelantan Darul Naim turut kehilangan tunjang utama pasukan termasuklah pemain-pemain import yang dibawa masuk seperti Washington Brandao serta Oday Kharoub.

Ad

Pada aksi bertemu Perak pada Ahad, Kelantan turun dengan mempertaruh pemain tempatan dengan hanya seorang saja pemain import yang didaftarkan berada di bangku simpanan iaitu Johan Muliadi.

Ad

Ketika ini, Kedah menduduki tangga ke-8 carta Liga Super dengan mengumpul 20 mata manakala Kelantan DN pula berada di tangga tercorot apabila hanya mengutip 7 mata.

Aksi Liga Super seterusnya menyaksikan Kelantan DN bakal bertemu Penang pada 7 Februari hadapan Kedah akan turun menentang Negeri Sembilan di Paroi pada 26 Februari.