“Kelantan DN Tak Boleh Terlalu Hormat JDT” – Park Jae-hong
MakanBola
Kelantan Darul Naim FC
Sponsors

Pengendali Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Park Jae-hong mahu anak buahnya tidak terlalu menghormati lawan mereka, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Kelantan DN berdepan tugas sukar menentang JDT. Ini kerana pasukan itu bukan saja masih segar daripada mengecapi kemenangan 5-0 ke atas Penang FC pada 12 September lalu.

Ad

Malah, Harimau Selatan menampilkan prestasi terpuji di pentas Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Pasukan itu merantai pasukan gergasi China, Shanghai Port pada 18 September.

Ad

Jae-hong mengakui bukan mudah buat Sang Kijang Emas untuk mencuri mata daripada JDT. Pada masa sama, beliau percaya anak buahnya mampu memberi tentangan sengit kepada juara liga musim 2023 itu.

“Kami akur tugasan ini selepas lebih hampir sebulan tanpa perlawanan kompetetif memang berat. Apatah lagi, pihak lawan kami juga masih segar dengan kemenangan besar ke atas Penang FC.

Ad

“Pada perlawanan ini, kami tidak boleh terlalu menghormati JDT, tetap kena beri saingan hebat kepada mereka.

Ad

“KDNFC hadir dengan sebuah pasukan yang telah berubah. Skuad ini diyakini mampu untuk beri tentangan sengit kepada juara bertahan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Ad

Jae-hong dijangka memanfaatkan khidmat enam pemain baru yang menyertai Kelantan DN dalam tetingkap kedua perpindahan Liga Malaysia (Liga M).

Enam pemain tersebut ialah Fikri Che Soh, Layth Kharoub, Hakimi Abdullah, Muhamin Izzudin, Aung Kaung Mann dan Washington Brandao.

Kelantan DN bakal berdepan JDT di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 22 September.