Kelayakan AWCL: Lion City Sailors Antara Lawan Kelana United
MakanBola
LCSWT/KUFC

Wakil tunggal Malaysia ke pusingan Kelayakan AFC Women’s Champions League (AWCL), Kelana United bakal berdepan 3 kelab hebat termasuklah Lion City Sailors dari Singapura.

Pada sesi undian yang diadakan pada Khamis, Kelana United selaku juara Liga Wanita Nasional (LWN) 2025 diundi berada di dalam kumpulan C bersama kelab dari Singapura, Lion City Sailors.

Selain itu, Kelana United yang bakal menjadi tuan rumah bagi pusingan kelayakan ini akan berdepan cabaran kelab Jordan, Etihad Club dan juga wakil Kyrgyzstan, Sdyushor SI-Asiagoal.

Hanya juara kumpulan sahaja yang akan layak ke pusingan akhir AWCL dan akan berdepan 7 lagi pasukan yang sudah mengesahkan tempat di pentas tertinggi bola sepak wanita Asia.

Musim lalu, skuad wanita Sabah yang menjadi satu-satunya wakil Malaysia berjaya muncul juara di peringkat kelayakan namun akur berada di tangga terakhir di pusingan kumpulan AWCL.