Kelayakan Piala Asia 2027: Malaysia Buka Tirai Hadapi Nepal
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia bakal membuka kempen pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 dengan Nepal sebagai lawan pertama mereka.

Malaysia berada dalam Kumpulan F bersama Nepal, Laos dan Vietnam. Ini berdasarkan cabutan undi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada 9 Disember lalu.

Ad

Jadual aksi kelayakan menyaksikan Malaysia akan menentang Nepal pada 25 Mac 2025. Ini disusuli aksi menentang Vietnam pada 10 Jun 2025.

Ad

Selepas itu, Laos akan melayan kunjungan Malaysia pada 9 Oktober 2025. Aksi timbal balik kumpulan bakal menyaksikan Malaysia melayan kunjungan Laos pada 14 Oktober 2025.

Ini disusuli satu lagi aksi di tempat sendiri apabila Harimau Malaya menerima kunjungan Nepal pada 18 November 2025. Vietnam akan menutup aksi Kumpulan F Malaysia pada 31 Mac 2026.

Ad

Aksi kelayakan ini juga bakal menjadi medan buat pengendali baharu Harimau Malaya. Ini kerana khidmat pengendali Sepanyol, Pau Marti Vicente bersama pasukan itu akan berakhir selepas tamat saingan ASEAN Championship 2024.

Ad

Ini merupakan sebahagian daripada penstrukturan semula pengurusan skuad kebangsaan untuk melonjakkan Harimau Malaya kembali ke mercu kecemerlangan.

Ad