Advertising
Kelayakan Piala Asia 2027: Malaysia Hadapi Tentangan Vietnam, Nepal & Laos
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Malaysia bakal berdepan cabaran Vietnam, Nepal dan Laos bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2027.

Skuad kendalian Pau Marti kini sedang berjuang pada aksi ASEAN Championship dalam persiapan menghadapi aksi Kelayakan bagi ke Piala Asia 2027.

Ad

Peluang terakhir untuk layak ke Piala Asia 2027 masih terbuka menerusi aksi peringkat kumpulan yang dijadualjan berlangsung bermula pada Mac 2025 hingga Mac 2026.

Ad

Berdasarkan undian Kelayakan Piala Asia 2027 oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang dijalankan ke AFC House hari ini, Harimau Malaya yang menghuni tangga ke-132 dunia diundi berdepan Vietnam dari Balang 1.

Dua lagi pasukan dari Balang 3 iaitu Nepal (175) sementara Balang 4 ialah Laos (186) bakal menjadi lawan Harimau Malaya kali ini.

Ad

Malaysia telah menamatkan penantian selama 43 tahun di bawah kendalian Kim Pan-gon untuk layak ke pentas Piala Asia 2023 namun berakhir pada peringkat kumpulan.

Ad

Harimau Malaya juga mendapat perkhabaran baik apabila barisan kejurulatihan baharu bakal dilantik bagi memacu cabaran skuad negara pada panggilan bulan Mac nanti.

Ad

Kelayakan akan bermula pada 25 Mac 2025 dengan setiap pasukan akan bermain di tempat sendiri dan di tempat lawan.