Kelayakan Piala Asia B-17: Singapura Terkulai Layu Di Tangan Tajikistan
MakanBola
Tajikistan FF
Sponsors

Skuad Tajikistan Bawah 17 Tahun (B-17) meneruskan rentak kemenangan dalam aksi kelayakan Piala Asia B-17 2025 dengan menewaskan Singapura 3-1 di Stadium Bishan.

Tajikistan mahu melebarkan kelebihan selaku pendahulu Kumpulan J selepas membelasah Guam 33-0. Manakala Singapura pula perlu meraih kemenangan untuk menghidupkan sisa harapan layak ke Piala Asia B-17 2025.

Ad
Sponsors

Separuh masa pertama menyaksikan Tajikistan berusaha mencari kelebihan gol awal ke atas tuan rumah di Stadium Bishan.

Ad

Hasilnya, Haidarsho Khudoidodov menceriakan kem pasukan Asia Tengah itu dengan meledakkan gol dari luar kotak penalti pada minit keempat.

Pengendali Tajikistan, Marco Ragini kemudiannya membuat pertukaran awal dengan mengeluarkan Abdusamad Melikmurodov. Ini bagi mengelakkan Melikmurodov daripada mengutip kad kuning kedua.

Ad

Tidak lama selepas itu, giliran Zarif Zarifsoda terpaksa dikeluarkan oleh Ragini akibat kecederaan pada minit ke-30. Bekas jurulatih Kelantan FC itu memasukkan David Maksudov sebagai pengganti.

Ad

Tajikistan terus memberi tekanan kepada Singapura. Malangnya, benteng pertahanan Singapura diketuai Muhammad Ariq Rizzuwan memastikan keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Ad

Bersambung selepas rehat, Singapura terus berusaha mencari jaringan penyamaan. Mereka hampir meraih gol penyamaan menerusi Helmi Shahrol pada minit ke-49 tetapi tandukannya tersasar.

Singapura kemudiannya bernasib malang apabila kapten, Harith Danish Irwan diperintah keluar padang selepas mengasari pemain Tajikistan.

Peluang itu pantas dimanfaatkan anak buah Ragini untuk menggandakan asakan. Hasilnya, Nazrullo Ashuralizoda menyumbat gol kedua Tajikistan pada minit ke-61.

Tatkala Tajikistan selesa mendahului, Singapura merapatkan jurang menerusi Nyqil Iyyan Ismail pada minit ke-82. Nyqil Iyyan mudah menanduk bola melepasi penjaga gol Tajikistan, Abubakr Rahmonqulov.

Keceriaan tuan rumah tidak bertahan lama apabila Ashuralizoda mengembalikan kelebihan dua gol Tajikistan pada minit ke-85. Keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Tajikistan makin dominan di persada Kumpulan J dengan enam mata. Sementara Singapura kekal di tangga ketiga tanpa sebarang mata sekaligus tersingkir dari pusingan kelayakan Piala Asia B-17 2025.

Selepas ini, Tajikistan bakal menentang Oman bagi menentukan juara Kumpulan J pada 27 Oktober. Manakala Singapura pula akan menentang Guam pada hari yang sama.